Tuesday, October 23, 2012

SPM Sejarah

Ramalan SPM Sejarah

Sebagai seorang pelajar, anda haruslah membuat persediaan yang rapi dan berterusan supaya anda mendapat apa yang anda hendak dapat.  Kalau usaha anda setakat untuk mendapat A anda akan mendapat A, sekiranya anda berusaha untuk mendapat A+ besar kemungkinan anda akan mendapatnya.

Di sini ada tumpuan yang perlu dibuat untuk membuat ulangkaji di saat-saat akhir. iaitu tumpuan bab-bab yang utama antaranya Bab tingkatan 4 ( Bab 1, 2,3,5,7 dan 9) tingkatan 5 (Bab 2,5,6,7,8, dan semestinya bab 9)

Untuk selamat dan tidak mengharap buat latihan yang banyak dan cara menjawab hendaklah betul.

Selamat maju jaya.

Thursday, September 6, 2012

Kajian Tindakan Tajuk Kad Tokoh





KAD TOKOH
MENINGKATKAN PENGUASAAN
FAKTA-FAKTA SEJARAH PELAJAR TINGKATAN 2G
2011


Oleh
MARSELIN BIN MATORI
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING
JALAN BATU KAWA OFF JALAN MATANG
93050 KUCHING
SARAWAK



PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan isin –Nya saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini.  Sepanjang saya membuat kajian ini, saya mendapat sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak.  Kesempatan ini saya ambil bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.
            Pertamanya , jutaan terima kasih kepada pengetua dan barisan pentadbir yang lain kerana bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan kajian saya serta tidak putus-putus memberi sokongan yang perlu.  Kepada jurulatih utama ,Pn.Hajah Habsah Katib GC48 yang merupakan mentor dalam menghasilkan kaijian ini dengan tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan serta membimbing saya untuk menghasilkan kajian ini.  Tidak lupa juga saya ucakkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa memberi kerjasama sehingga  dapat melancarkan lagi proses kajian saya.
            Khusus kepada anak-anak murid yang terlibat secara langsung sebagai sampel kajian,  kerjasama dan kesungguhan mereka mengikuti aktiviti yang saya jalankan sangat mengharukan dan sangat dihargai. 
            Allah S.W.T. jua yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.





ABSTRAK
Mata pelajaran Sejarah  merupakan satu mata pelajaran yang begitu kompleks, abstrak dan empirikal. Oleh kerana sifatnya yang dinamik serta  mengandungi data-data yang bersifat kualitatif, maka pembelajaran Sejarah amat memerlukan persediaan tahap kognitif yang tinggi bagi memudahkan murid menguasai dan memahami sesuatu peristiwa. Kesukaran murid mengingat pelbagai konsep dan, fakta sejarah menyebabkan mereka menganggap matapelajaran Sejarah sebagai matapelajaran yang sukar dipelajari.
Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan minat dari aspek penglibatan aktif dan interaksi murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Kad Tokoh. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan markah dalam peperiksaan . Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan interaksi yang lancar diantara guru dengan murid. Subjek kajian terdiri daripada 19  orang murid tingkatan 2 Gama. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi, didapati bahawa punca utama berlakunya masalah ini adalah disebabkan oleh proses pembelajaran dan pembelajaran yang kurang aktif. Kaedah ini digunakan untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid bagi meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan interaksi dua hala yang lancar diantara guru dengan murid. Dalam intervensi ini, murid akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Kad Tokoh yang dilaksanakan oleh guru. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menggabungjalinkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomoto mereka dengan menggarap kemahiran belajar melalui deria penglihatan (visual), pendengaran (audiotari) dan deria rasa (sentuhan) atau Neuro Linguistic Programme (NLP). Diharapkan kaedah Kad Tokoh ini dapat  meningkatkan minat pelajar terhadap Sejarah sekaligus berupaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Kad Tokoh juga sesuai dipraktikkan sama ada sewaktu pengajaran dan pembelajaran Sejarah dijalankan mahupun sewaktu sesi ulangkaji.

 KANDUNGAN
q  PENGHARGAAN
q  ABSTRAK
q  KANDUNGAN
q  REPLEKSI P&P YANG LALU
q  FOKUS KAJIAN
q  OBJEKTIF KAJIAN
q  KUMPULAN SASARAN
q  TINJAUAN AWAL
q  PERLAKSANAAN AKTIVITI INTERVENSI
q  PENILAIAN
q  REFLEKSI KAJIAN
q  CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
q  RUJUKAN
q  LAMPIRAN


REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  YANG LALU
            Saya telah mengajar Mata pelajaran Sejarah sejak tahun 1997 hingga sekarang. Setiap tahun murid-murid yang memasuki sekolah ini adalah berbeza dari pelbagai latarbelakang.  Keadaan ini telah mempengaruhi cara pembelajaran dan juga motivasi kejayaan mereka yang berbeza. Keadaan ini telah menyebabkan keputusan peperiksaan PMR dan SPM tidak menunjukkan keputusan yang cemerlang.(sukar untuk mendapat 100% A dalam PMR) 
            Daripada pengamatan saya, murid-murid belajar mata pelajaran Sejarah adalah kerana terpaksa mengambilnya kerana wajib diambil sebagai satu mata pelajaran yang wajib oleh Kementerian Pelajaran.  Keadaan ini telah menimbulkan kurang minat yang pada tanggapan mereka mata pelajaran Sejarah yang amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-tajuk dan nma-nama tokoh serta tarikh-tarikh penting. Keadaan ini membimbangkan saya sebagai seorang guru yang ingin melihat murid-murid berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.
            Sikap ingin cepat mendapatkan fakta-fakta sejarah telah menyebabkan murid-murid malas untuk mebaca buku teks, di mana buku teks sebagai sumber rujukan utama telah diabaikan.  Dengan kesedaran inilah saya membuat kajian tindakan dengan harapan dapat membantu mencapai kejayaan yang cemerlang.
            Saya juga telah melihat kaedah pengajaran saya yang lalu iaitu kebanyakannya menggunakan cara cepat sahaja iaitu dengan menggunakan kaedah perbincangan, bersyarah, dengan kata lain penggunaan kaedah chalk and talk lebih banyak.  Kemungkinan kaedah ini tidak sesuai untuk semua murid terutamanya untuk murid yang lambat.  Oleh yang demikian saya harus mengubah dan menambah kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Sejarah.
FOKUS KAJIAN
            Kajian saya adalah berfokus kepada masalah murid-murid dalam kelas 2G . Masalah yang dikesan ialah murid-murid sukar dan mudah lupa fakta-fakta Sejarah dan juga kebimbangan saya terhadap murid-murid tersebut yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2012.  Selain itu fokus kajian saya juga menyentuh cara mengatasi masalah pelajar yang kurang meminati pembelajaran sejarah dalam kelas.  Saya juga  hanya memfokuskan kajian saya terhadap 19 orang murid kelas 2G sebagai responden. 
OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF UMUM
Objektif kajian secara umumnya adalah untuk meningkatkan daya ingatan pelajar menggunakan Kad Tokoh sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran . Diharap dengan penggunaan kaedah ini murid-murid akan dapat mingingat dengan cepat dan kekal dalam jangka masa panjang.
OBJEKTIF KHUSUS
Melalui kajian ini, diharapkan  akan dapat mencapai objektif-objektif berikut:
        i.            Memastikan 100% murid dalam kelas 2G mendapat A dan B dan tiada gred C ke bawah dalam ujian pos.
      ii.            Meningkatkan kemahiran mengingati sesuatu fakta, tokoh dan peristiwa Sejarah
    iii.            Menambah minat 100% murid dalam mata pelajaran Sejarah
KUMPULAN SASARAN
            Kajian ini melibatkan seramai 19 orang pelajar Tingkatan 2G  yang  terdiri daripada 8 murid perempuan dan 11  murid lelaki SM Sains Kuching.  Daripada pemerhatian saya, saya dapati bahawa kumpulan murid ini perlu diberi perhartian untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR tahun 2012.

TINJAUAN AWAL
            Seramai 19 murid tingkatan 2G dipilih sebagai sasaran kajian kerana melalui pemerhatian murid-murid kelas tersebut mempunyai kurang meminati mata pelajaran Sejarah atas dasar apabila kelas dijalankan maka ada sahaja murid yang tidak mempunyai buku teks.  Keadaan ini telah menyebabkan mereka berkongsi buku teks dan telah mengikabatkan fokus terhadap  pengajaran guru tidak 100%.  Ujian bulanan juga tidak mengambarkan perolehan markah yang cemerlang.  Selain itu juga saya telah mengadakan ujian pra untuk satu bab iaitu bab 3.  Soalan yang dikemukakan adalah soalan bentuk objektif.  (lampiran A contoh soalan) Setelah  murid selesai menjawab, kertas soalan dikutip semula dan jawapan mereka dianalisis. Jawapan tidak didedahkan kepada murid kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos. Jadual di bawah menunjukkan pencapaian murid dalam ujian pra.
Analisis Keputusan Ujian Pra
Markah
Bilangan Pelajar
Peratus
A ( 80 -100)
0
0%
B (65 – 79)
6
31.58%
C (50 – 64)
13
68.42%
D (40 – 49)
0
0%

            Berdasarkan data  dalam jadual di atas, daripada 19 orang murid yang mengambil ujian Pra tiada seorang pun yang mendapat gred A, 6 orang murid mendapat gred B dan 13 orang murid mendapat gred C.    Daripada pemerhatian dan analisis menunjukkan bahawa  kebanyakan murid mempunyai masalah untuk mengingat fakta Sejarah  dalam jangka masa panjang.
TINJAUAN MASALAH
Pemerhatian tingkahlaku dan soal selidik telah diguankan untuk mengumpul maklumat responden. Berdasarkan pemerhatian tingkah laku pembelajaran soal selidik yang diajukan kepada murid 2G, masalah berikut dikenal pasti sebagai halangan pencapaian lebih baik dalam ujian sejarah:
Ø  Murid didapati kurang kebolehan mengingati fakta Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Ø  Terlampau banyak fakta yang perlu diingat
Ø  Murid-murid malas membaca buku teks
PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAD KAD TOKOH.
            Kad Tokoh merupakan satu kad yang mengandungi nama tokoh dan bab (B) dibahagian hadapan dan di bahagian belakang pula saya letakkan huruf T (tokoh) dan diikuti dengan nombor 1 (tokoh yang pertama dalam bab yang diajar) .  Saya akan menyediakan kad tersebut mengikut jumlah murid dalam sesebuah kelas.  Setiap murid akan menerima sekurng-kurangnya 1 kad . 
Aktiviti (i)
            Saya memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi penerangan tajuk yang akan diajar seperti dalam perancangan .  Saya mengedarkan Kad Tokoh kepada semua murid  dan meminta semua murid melihat dikedua-dua belah muka surat kad.  Seterusnya saya mengarahkan semua murid secara individu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan merujuk buku teks dalam masa yang diperuntukan .  Maklumat yang diperlukan adalah merujuk kepada kehendak kad yang diberi.  Dari pemerhatian saya semua murid berasa bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat yang dikehendaki.
Aktiviti (ii)
            Seterusnya saya mengarahkan semua murid bergerak dalam kumpulan beredasarkan nombor kad iaitu T1 untuk kumpulan 1, T2 untuk kumpulan 2 dan seterusnya mengikut nombor pada kad masing-masing.  Semasa mereka dalam kumpulan mereka dikehendaki berbincang dan mengabungkan fakta-fakta yang mereka peroleh semasa membuat rujukan dalam buku teks secara individu. Seterusnya guru memilih secara rawak seorang murid dari  setiap kumpulan untuk membentangkan maklumat yang mereka peroleh disamping ulasan guru.  Murid-murid dari kumpulan lain  digalakkan untuk  menyoal kumpulan yang membentang.  Dari pemerhatian saya, keadaan agak bising tetapi terkawal dengan pergerakan murid-murid yang membina kumpulan.  Mereka juga aktif berbincang dan mencatat serta mereka menunjukkan keyakinan yang tinggi semasa membentang.
Aktiviti (iii)
            Setelah aktiviti (ii) tamat saya mengedarkan lembaran  tokoh (lampiran) dan meminta semua murid menulis jawatan dan sumbangan tokoh yang telah dibincangkan secara individu.  Murid-murid digalakkan untuk berbincang dan bergerak ke kumpulan lain untuk mendapatkan jawapan yang tepat.  Keadaan ini akan mengalakkan komunikasi antara mereka dan ini akan merangsang pembelajaran mereka dengan berkesan. Dari pemerhatian saya suasana kelas agak sibuk dengan komunikasi antara mereka dan semua murid aktif dalam aktiviti yang diarahkan.  Setelah masa yang diperuntukan tamat semua murid diminta untuk menghantar lemberan tokoh untuk dinilai.
PENILAIAN
            Untuk  menilai keberkesanan kaedah ini bagi menaikkan markah dan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah,  saya telah menjalankan ujian pos.  Ujian ini akan memperlihatkan berlaku perubahan atau tidak terhadap markah murid berbanding  dengan markah ujian pra.  Selain itu saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mengetahui minat mereka terhadap mata pelajran sejarah selepas kaedah tersebut digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. 
            Ujian pos telah dijalankan dengan menggunakan soalan yang sama dalam ujian pra.  Perbandingan keputusan yang dicapai oleh murid-murid adalah seperti dalam jadual di bawah.
            Jadual Menunjukkan  Perbandingan Peratusan Ujian Pra dengan Ujian Pos Kelas 2G.

Ujian Pra
Ujian Pos
Perbandingan
Markah
Bilangan Pelajar
Peratus
Bilangan Pelajar
Peratus
Bilangan Pelajar
A ( 80 -100)
0
0%
5
26.32%
+5
B (65 – 79)
6
31.58%
11
57.89%
+5
C (50 – 64)
13
68.42%
3
15.78%
-10
D (40 – 49)
0
0%
0
0%
0


            Berdasarkan jadual di atas, Ujian Pos telah menunjukkan bahawa kaedah di atas tidak  dapat mencapai objektif  iaitu 100% murid mendapat gred A dan B manakala gred C tiada.  Keadaan ini berlaku adalah disebabkan sikap murid yang tidak melibatkan diri dengan aktif semasa perbincagnan dalam kumpulan.  Manakala objektif kedua pula iaitu untuk meningkatkan kemahiran mengingati sesuatu fakta, tokoh dan peristiwa Sejarah telah dicapai kerana berlaku peningkatan murid yang mendapat gred A dan B dan pengurangan sebanyak 10 orang murid kepada hanya 3 orang murid mendapat  gred C .  Selain daripada Ujian Pos  soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.  Hasil daripada soal selidik yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan minat terhadap mata pelajaran Sejarah.
REFLEKSI  KAJIAN
Secara keseluruhan, dapatan kajian dan pemerhatian serta soal selidikyang telah dibuat terhadap 19 orang murid 2G, menunjukkan mereka amat  berminat dan mempunyai kesungguhan melaksanakan sesi pembelajaran melalui aktiviti kad tokoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Semua murid  lebih berkeyakinan dan  bersikap positif  untuk menguasai fakta sejarah bagi menghadapi peperiksaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar boleh menguasai dan memahami fakta sejarah pada tahap yang optimum melalui aktiviti kad tokoh sebagai salah satu strategi dan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid.

            Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa penggunan kad tokoh adalah memudahkan murid-murid untuk mengingat fakta tokoh dan seterusnya memberi motivasi kepada diri mereka bahawa mata pelajaran sejarah ada merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan dan mudah. Kad Tokoh ini hanya sebagai contoh sahaja dalam kajian saya, namun pelbagai jenis kad juga boleh diwujudkan untuk merangsang pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.  Selain itu dengan kajian ini saya mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan cepat dan berpusatkan  murid. Walaubagaimanapun proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah kad tokoh hendaklah dirancang dengan teliti supaya tidak membazirkan masa dalam kelas.

 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ini diharap dapat memberikan manfaat dan panduan sebagai sumber inspirasi kepada kajian-kajian yang lain. Pengkaji merasakan bahawa pelaksanaan aktiviti permainan kad tokoh  ini wajar  diperluaskan kepada semua murid. Apa yang penting ialah  guru-guru Sejarah sanggup berubah  dan sentiasa berusaha melakukan amalan pengajaran dan pembelajaran yang positif sesuai dengan perubahan dan kecenderungan murid masa kini. 
            Selain mengunakan kad tokoh saya juga mencadangkan penggunaan kaedah nyanyian tokoh dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan tokoh-tokoh .

 RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid Khan , (2007). Guru sebagai Penyelidik , PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
Dalilah binti Desa, (2011)  Meningkatkan Kemahiran Menulis Jawi 30 orang Murid Tahun 2 Optimis Menggunakan Teknik  Dalil Avu Zar Zad, SK. Bukit Kalam, Labuan Malaysia.
Mark Soon Sang, (2010) Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. Selangor Malaysia.











Lampiran 1
Lembaran tokoh.
Nama Tokoh
Jawatan / Sumbangan
(T1)
 Temenggung Daeng Ibrahim

(T2)
Dato’ Jaafar bin Muhammad

(T3)
Dato’ Aabdul Rahman bin Andak

(T4)
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang

(T5)
Dato’ Muhammad Ibrahim Munsi








Lampiran 2
Item soal selidik

Sila beri pandangan/komen/impak Penggunaan Kad Tokoh dalam P & P Sejarah dari aspek berikut dengan membulatkan nombor yang berkenaan:


Sangat  X Setuju
Tidak Setuju
Tidak pasti
Setuju
Sangat Setuju
1
Keberkesanan pembelajaran Sejarah
1
2
3
4
5
2
Menambah baik kaedah belajar Sejarah
1
2
3
4
5
3
Mamantapkan kemahiran  berfikir pelajar
1
2
3
4
5
4
Meningkatkan hubungan erat dalam kalangan rakan
1
2
3
4
5
5
Penguasaan pelajar terhadap fakta sejarah  meluas
1
2
3
4
5
6
Menjana pemikiran inkuiri Sejarah
1
2
3
4
5
7
Membina keyakinan dan sikap positif pelajar  terhadap sejarah
1
2
3
4
5
8
Membina perkembangan intelektual pelajar secara positif dan secara berterusan
1
2
3
4
5